BAGI Terengganu dan Negeri Sembilan 'Debaran 90 minit' tetap menakutkan dan tidak mahu situasi selesa dinikmati mereka ketika ini diragut lawan masing-masing menjelang saingan separuh akhir kedua, Sabtu ini.
Irfan Bakti jelas belum mahu berseronok dengan modal dua jaringan Abdul Manaf Mamat sebagai jaminan mereka akan layak ke final Piala Malaysia pada 29 Oktober ini, sebaliknya akur Selangor akan kembali dengan corak taktikal menyerang di Kuala Terengganu.
Pandangan itu turut disokong jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah yang beranggapan 90 minit lagi bakal menjadi penentuan kemaraan skuad Rusa ke final sambil memberi amaran T Team tidak akan mudah tunduk sekali lagi.
Diminta mengulas prestasi Terengganu pada aksi pertama di Shah Alam, Irfan tanpa berselindung menganggap ia adalah persembahan terbaik mereka di tempat lawan, musim ini.
"Bagi saya, jaringan pertama Manaf seawal minit pertama itu menjadi faktor utama kemenangan kita pada perlawanan itu. Ia turut dibantu dengan kemampuan pemain mengekang setiap asakan Selangor sepanjang baki perlawanan," jelas Irfan.
sumber: berita harian online
No comments:
Post a Comment